Datuk Seri Najib Razak menjawab, penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif sedangkan kebanyakannya adalah hadiah diberikan kepada isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev yang juga anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, memberi banyak hadiah kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
“ Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.
“ Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia berasal dari Kazakhstan,” menurutnya.
Penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mendapat banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.
Sejumlah hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan tersebut.