loading...

YDP Agong Sultan Muhammad V, Berjalan Kaki 200 Meter Setiap Pagi Untuk Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

Dalam ramai2 yang mengata Agong haritu aku rasa sorang pun takda yang buat macamni tiap kali subuh. Allahuakbar daulat tuanku!ALLAHUAKBAR!!! ðŸ™‚🙂
Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya.
Januari lalu, kala Sultan Ismail gering, baginda sendiri yang menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya.
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu.
Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri.
Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi di pusat bandar yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu Jurnal, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama.
Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.
TUANKU Muhammad Faris Petra (dua dari kanan) berkenan bersalaman dengan para tetamu di rumah terbuka baginda di Istana Negeri Kubang Kerian baru-baru ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan).
“Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada k

Blog Archive